Bahasa Melayu | English | Lain-Lain Bahasa
            Tema Biru Tema Hitam Tema Coklat Tema Asal
    Carian
    Kalendar
Mei 2012
I S R K J S A
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3
    Isi Kandungan

<< Kembali

Fakta Yang Tidak Ingin Diketahui Mengenai Beg Plastik dari Kedai Membeli Belah

 Renungilah fakta yang mengejutkan mengenai  beg plastik dari kedai membeli belah:

  • Beg Plastic diperbuat dari polietilena. Polietilena adalah produk hasil dari petroleum.
  • Lebih kurang 60 - 100 juta tong petroleum digunakan untuk menghasilkan beg plastik setahun untuk seluruh dunia.
  • Penghasilan dan pengeluaran beg plastik menyumbang kepada pencemaran udara dan kadar pengunaan tenaga 
  • Pengeluar beg plastic menambahkan lagi pengeluaran karbon yang bertan-tan diudara setiap tahun
  • Di United Kingdom, pengharaman beg plastic adalah bersamaan dengan mengurangkan 18,000 kenderaan di atas jalan.
  • Sebanyak 500 juta ke 5 trilion beg plastic dihasilkan dan digunakan setiap tahun diseluruh dunia.
  • Hanya 1%  dari trillion yang dihasilkan itu dikitar semula
  • Kebanyakan beg plastik polietilena mengambil selama 400 tahun untuk dibiodegradasikan.  Sesetengah dari itu boleh mengambil masa selama 1000 tahun untuk diuraikan.
  • Apabila polietilena diuraikan, bahan toksik akan larut dan resap ke dalam tanah dan seterusnya ke rantai makanan kita.
  • Beg plastik adalah penyumbat tanah timbunan kita.  Beg-beg ini menyekat jalanan pengairan, merosakkan landskap dan akan sentiasa mencemarkan tanah dan air kita.
  • Beg plastic juga memberi kesan yang padah kepada burung – burang dan mamalia marin yang menyangkakan beg tersebut adalah makanan. Setiap tahun, 100,000 penyu laut dan haiwan marin yang lain mati kerana beg plastik