-
Bagaimana cara untuk membuat Aduan?
-
Melalui borang yang disediakan di Peti Cadangan / datang terus ke Majlis Perbandaran Langkawi,Bandaraya Pelancongan.
-
Melalui surat yang diposkan kepada :-
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman -
Menghubungi Majlis Perbandaran Langkawi di talian 04-9666560/ 04-9671524 / 9668109 / 9666185.
-
Melalui fax di no.04-9671773
-
Email terus kepada ydp@mplbp.gov.my
-
-
Jangkamasa atau tempoh sesuatu aduan diambil tindakan?
Setiap aduan infrastruktur dan kemudahan awam disiasat dan disediakan laporan dalam tempoh 14 hari untuk tindakan susulan.
-
Siapakah pegawai yang patut dihubungi?
EN MOHD ZAKI BIN MURAD
Penolong Pegawai Tadbir
Majlis Perbandaran LangkawiFaezah binti Abdullah
Pembantu Tadbir
Majlis Perbandaran Langkawi
BAHAGIAN TENDER / SEBUTHARGA
-
Bagaimanakah cara kontraktor/pemborong membuat pendaftaran Dengan Pihak Majlis?
a) Menghantar surat permohonan kepada :
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran langkawi
Bandaraya Pelancongan ,07000 Langkawi
Kedah Darul Amanb) Pertanyaan melalui telefon di talian 04-9666560/ 04-9671524 / 9668109 / 9666185
-
Apakah Dokumen yang Diperlukan?
a) Lesen Pusat Khidmat Kontraktor (P.K.K )
b) Lesen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia(LPIPM ) / Contrunction Industrial Development Board Malaysia ( CIDB )
c) Lesen Kementerian Kewangan Malaysia ( bekalan )
d) Taraf Bumiputera
e) Profil syarikat
-
Siapakah yang patut dihubungi?
Amir Amiruddin Bin Ismail
Urusetia Sebutharga / Tender
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman -
Bagaimanakah cara kontraktor / pemborong ingin memasuki pelawaan tender / sebutharga?
a) Rujuk surat khabar ( Berita Harian ) untuk keterangan tender
b)Datang ke Majlis Perbandaran Langkawi dengan merujuk iklan di Papan Kenyataan Majlis.
c) Pertanyaan melalui telefon di talian 04-9666560/ 04-9671524 / 9668109 / 9666185
-
Apakah dokumen yang diperlukan semasa menghadiri pelawaan sebutharga/Tender?
a) Membawa lesen asal dan satu salinan (fotostat ) untuk Majlis iaitu :
- Lesen Pusat Khidmat Kontraktor (P.K.K )
- Lesen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia / Contruction Industrial Development Board Malaysia ( CIDB )
- Perakuan Taraf Bumiputera
- Lesen Kementerian Kewangan ( Bekalan )
b) Wajib menghadiri sesi taklimat projek .
c) Wajib menghadiri lawatan tapak projek .
-
Siapakah yang patut dihubungi?
Urusetia Sebutharga / Tender
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman
PERMOHONAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN
-
Bagaimanakah cara permohonan lesen premis perniagaan dibuat dengan pihak Majlis?
a) Setiap pemohon perlu mengisi borang permohonan lesen perniagaan komposit yang boleh didapati daripada :
-
Jabatan Kesihatan Persekitaran
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman -
Laman web Majlis - www.mplbp.gov.my
** Nota - setiap borang dikenakan bayaran RM 2.00
-
-
Apakah dokumen yang diperlukan?
- Memorandum (Memorandum and Article of Association) mengikut Akta Pendaftaran Syarikat 1995.
ATAU
Borang A (Pendaftaran Perniagaan) atau Borang B (Pendaftaran Perubahan dalam Perniagaan) mengikut Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956.
- Pelan lokasi premis yang terlibat
- Pelan lantai bangunan premis berkenaan
- Surat perjanjian atau kebenaran tuan bangunan (jika bukan bangunan sendiri)
- Salinan sijil layak memduduki / permit bangunan sementara
- Salinan surat kelulusan bangunan (jika bangunan baru dibina)
- Salinan surat hak milik tanah
- Gambar pemohon 6 keping
- Gambar hadapan premis perniagaan 6 keping
- Surat sokongan daripada Jabatan Bomba & Penyelamat (tuan/puan dikehendaki menghubungi Jabatan Bomba & Penyelamat)
- Memorandum (Memorandum and Article of Association) mengikut Akta Pendaftaran Syarikat 1995.
-
Apakah jenis lesen - lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Majlis?
- Lesen Perniagaan Tred
- Lesen Establisymen Makanan
- Lesen Rumah Tumpangan
- Permit Mengendal Skijet / Skuter Air
- Lesen Kedai Gunting Rambut
- Lesen Tempat Letak Kereta Persendirian
- Lesen Rumah Urut
-
Dimanakah borang permohonan yang lengkap diisi hendak dihantar?
Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dengan dokumen - dokumen tambahan hendaklah dihantar ke :-
Jabatan Kesihatan Persekitaran
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul AmanATAU
Dialamatkan kepada :
Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul AmanSebarang pertanyaan, sila hubungi :-
En. Azli bin Abdul Rani
Pegawai Kesihatan Persekitaran
Jabatan Kesihatan Dan Perlesenan
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman
Talian : 04-9671524 / 1824 Sambungan : 102
Faks : 04 - 9671773 / 04 - 9666158