MENU

 

 6.        Jika Nama Di Bil Masih Nama Pemaju Atau Pemilik Lama.

Pemilik boleh membuat urusan pindahmilik harta dan menurut Seksyen 160 Akta 171, adalah menjadi suatu kesalahan jika pemilik tidak membuat proses pindahmilik. Pemilik perlu hadir ke Bahagian Penilaian, MPLBP dengan membawa salinan dokumen -  dokumen seperti berikut :-

 

  • Borang I (pindahmilik) – boleh didapati di laman sesawang MPLBP dan Kaunter Bersepadu MPLBP
  • Salinan Perjanjian Jual Beli harta
  • Salinan Suratcara Hakmilik (Geran )
  • Salinan Resit Bayaran cukai taksiran/cukai pintu Terbaru (yang telah dijelaskan sepenuhnya).
  • Salinan kad pengenalan pemilik baru
  • Salinan sijil kematian (jika berkaitan)
  • Wasiat (jika berkaitan)
  • Bayaran proses sebanyak RM 30.00.

 

Pemilik dikehendaki membuat proses pindahmilik ini dalam tempoh TIGA (3) bulan selepas pegangan dibeli atau pemilik lama telah meninggal dunia.

 

7.          Bilakah Cukai Taksiran/Cukai Pintu Patut Dibayar.

i.      Cukai taksiran/cukai pintu hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 28/29hb Februari untuk tempoh penggal pertama (Jan-Jun) dan sebelum atau pada 31hb Ogos untuk tempoh penggal kedua (Julai-Disember).

ii.      Jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh yang  ditetapkan,pihak Majlis boleh mengenakan penalti denda lewat, notis tuntutan (Notis E) dan kos waran dengan kadar seperti berikut :-

 

 

8.         Apa Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Anda telah Berpindah?

Anda perlu mengisi borang Pengemaskinian Maklumat yang boleh didapati di Kaunter Bersepadu dan Jabatan Penilaian di tingkat 2 Majlis Perbandaran Langkawi. 

 

9.       Jika Pemilik Tidak Mampu Untuk Menjelaskan Keseluruhan Cukai Taksiran/Cukai Pintu,      Bolehkah Dibayar Secara Ansuran?

Pemilik adalah dinasihatkan untuk hadir ke Jabatan Penilaian di tingkat 2 Majlis Perbandaran Langkawi untuk berunding dengan pegawai yang bertanggungjawab.

 

10.       Apa Yang Terjadi Sekiranya Cukai Taksiran/Cukai Pintu Tidak Dijelaskan Dalam  

            Tempoh  Yang Ditetapkan.

 

 i.  Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada pemilik pegangan dan ianya hendaklah 

     dijelaskan dalam tempoh LIMA BELAS (15) hari dari tarikh notis dipos atau diserahkan.

 ii. Bayaran waran tahanan akan dikenakan ke atas keseluruhan tunggakan.

 iii. Tindakan sita dan melelong harta alih.

 iv. Tindakan mahkamah.

 v. Kesemua kos yang terlibat semasa proses – proses di atas DITANGGUNG SEPENUHNYA oleh pemilik.

 

Kemaskini Terakhir: Ahad, 22 Oktober 2017 - 2:16pm