MENU

UDARA

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (04 9551311) di Padang Mat Sirat terletak sejauh 20km dari Kuah dan 8km dari resort pantai di Pantai Cenang. Terdapat penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Langkawi yang disediakan setiap hari oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) manakala Syarikat Penerbangan AirAsia menyediakan penerbangan sebanyak 5 kali seminggu. Pelancong dari Singapura boleh menaiki penerbangan Silk Air yang menyediakan penerbangan 4 kali seminggu ke pulau ini. Untuk tempahan tiket, sila hubungi:

  1. Syarikat Penerbangan Malaysia di talian 03 7843 3000
  2. Syarikat Penerbangan AirAsia di talian 03 7884 9000
  3. Silk Air di talian 03 2692 3122

 

AIR

Perkhidmatan Feri

Feri Ekspres menyediakan perkhidmatan setiap hari ke Pulau Langkawi dari kedua-dua jeti di Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Perjalanan ke Pulau Langkawi dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis masing-masing mengambil masa selama 1 jam 15 minit dan 45 minit. Perjalanan dari Penang ke Pulau Langkawi melalui feri pula mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi:-

  • Kuala Kedah/Kuala Perlis – Langkawi

     

    United Ventures Ferry Sdn. Bhd.

    28, Pekan Baru Kuah,

    Jalan Penarak, 07000, Langkawi

    No.tel : Langkawi – 04 966 3988 / 8988 / 5889

    Kuala Kedah – 04 762 6295 / 6296

    Kuala Perlis – 04 985 1899 / 2690

  • Seraya Bayu Ferry Sdn. Bhd

     

    Lot 411, Taman Seri langkawi,

    Jalan Klebang, Mukim Kuah,

    07000 Langkawi.

    No. Tel : Langkawi – 04 966 2219 / 3219

    Kuala Kedah – 04 762 6219

    Kuala Perlis – 04 985 3219

  • Satun (Thailand) – Langkawi

     

    Langkawi Ferry Services Sdn. Bhd

    37 & 39, Jalan Pandak Mayah 5,

    07000, Langkawi

    No. Tel : 04 966 6272 / 6316

  • Kapal Persiaran Mewah

     

    Salah satu cara terbaru untuk bercuti ke Langkawi ialah dengan menaiki kapal persiaran. Setiap pelayaran mengambil masa yang berbeza bergantung kepada pelabuhan yang digunakan serta jalan laluan ke Langkawi itu sendiri. Pelancong boleh menaiki kapal di Pelabuhan Klang, Malaysia dan Singapura. Untuk pertanyaan berhubung dengan pakej pelayaran, sila hubungi agen pelancongan atau operator pelayaran.

    No.Tel : Star Cruises – 03 3101 1313

Kemaskini Terakhir: Rabu, 24 Mei 2017 - 10:44am