MENU

payar

Pulau Payar

Taburan pulau-pulau yang membentuk Pulau Payar terletak 30 km ke tenggara Langkawi. Dari sini, perjalanan ke taman laut terbaik di Pantai Barat Malaysia mengambil masa 1 jam dengan menaiki bot, menjadikan ia tempat sesuai untuk dilawati.

Taman laut yang meliputi beberapa buah gugusan pulau ini dijaga rapi. Taman laut Pulau Payar merupakan taman laut terbesar diantara pulau-pulau ini. Anda pasti tertarik dengan tambatan terapung yang terletak tak jauh dari Pulau Payar.

Masuk ke dalam kebuk pemerhatian bawah laut untuk melihat hidupan laut yang dikelilingi terumbu karang. Anda ingin lebih dekat dengan kumpulan ikan yang mendiami terumbu karang dasar laut? Pakai topeng oksigen, peralatan menyelam dan saksikan keindahan dasar laut!

Kemaskini Terakhir: Rabu, 24 Mei 2017 - 10:44am