MENU

pasir tengkorak

Pantai Pasir Tengkorak

Pantai Pasir Tengkorak merupakan sebuah poket pantai berpasir putih halus di antara pantai-pantai berbatu dengan batu pasir dan syal. Batu pasir dan syal berkemiringan landai dan bergelombang ini adalah batuan formasi Machinchang yang berusia kira-kira 550 juta tahun. Batu pasir mengandungi perlapisan silang dan kesan riak yang baik. Manakala selanglapis batu pasir-syal menghasilkan struktur asalan beban yang menarik seperti kesan beban, struktur nyalaan, lapisan konvolut, fitur perlepasan bendalir dan kekanta pasir terpancung. Fitur unik yang lain adalah struktur asalan penghabluran garam berbentuk seperti sarang lebah yang dikenali sebagai tafoni, khususnya pada syal yang terdedah di permukaan. Jasad timbul tafoni membayangkan kemtangan proses pembentukannya, manakala bentuk-bentuk tafoni biasanya dipengaruhi oleh corak kekar dan arah percikan air laut.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 24 Mei 2017 - 10:44am