MENU

gua kelawar

Gua Kelawar

Gua Kelawar ini terletak di timur laut Pulau Langkawi , kira-kira 10 minit berkereta dari pekan Kuah. Pelancong boleh datang ke Gua Kelawar dengan menaiki bot dari jeti Tanjung Rhu atau menerusi jambatan yang baru dibina di jeti Sungai Kilim. Gua ini terletak di kaki bukit di Kilim yang dikelilingi hutan paya bakau dan pintu gua menghadap Sungai Kilim.

Di dalam gua terdapat pelbagai bentuk hiasan asli gua batu kapur seperti stalagtit dan stalagmit yang pelbagai bentuk , saiz dan arca indah. Para peminat geopark boleh melihat pelbagai khazanah alam yang belum begitu terusik berusia jutaan tahun. Burung-burung kelawar kelihatan tergantung di lelangit gua .

Kemaskini Terakhir: Isnin, 13 November 2017 - 12:19pm