MENU

dataran lang

Dataran Lang

Dataran Lang ialah mercu tanda yang paling jelas kelihatan oleh pelawat yang datang melalui jalan laut. Terletak berhampiran Jeti Kuah, tarikan utama di dataran ini ialah patung seekor helang yang bersedia untuk terbang. Mengikut cerita lama, Langkawi memperolehi namanya daripada helang. Dalam Bahasa Melayu Lama, kawi bermaksud perang kemerahan, oleh itu, Langkawi bermaksud ‘Helang perang kemerahan'. Dataran ini dilanskap indah dan mempunyai kolam, jambatan, teres tertutup, restoran dan "barrel vault" yang dibuat daripada batu-bata. Dataran ini diterangi dengan indah pada waktu malam dan mempersembahkan permandangan yang indah apabila anda menuju ke pulau pada waktu malam.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 13 November 2017 - 12:19pm