MENU

Kerajaan membenarkan penganjuran semua majlis sosial termasuk majlis perkahwinan mulai 1 Julai 2020 (Fasa 6 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. 

Bagi orang ramai yang ingin mengadakan majlis kenduri atau majlis keramaian perlulah mematuhi SOP-SOP yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara di bawah Akta 342.

Bagi mengelakkan aktiviti tersebut dijalankan tanpa kawalan, orang ramai perlulah membuat permohonan terlebih dahulu daripada pihak PBT.

------------------------------------------------------------------------------------------

Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Perlesenan, Aras 2, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan.

Tiada sebarang caj dikenakan.

Sila hubungi talian 04-9666590 sambungan 128 untuk maklumat lanjut. Norma baharu, patuhi SOP untuk keselamatan bersama

#kitajagakita #kitabelummenang #cegahCOVID19

 

CONTOH BORANG PERMOHONAN

MAJLIS

Kemaskini Terakhir: Rabu, 30 September 2020 - 3:04pm