MENU

YAHIJAU

Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) merupakan agensi dibawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang berperanan dalam meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat mengenai kepentingan teknologi hijau dan aplikasinya dalam kehidupan seharian. Objektif dan fungsi YaHijau tertumpu kepada usaha mempromosi  dan meningkatkan pemahaman, pendedahan dan penghargaan serta minat dalam memperkasakan gaya hidup hijau di peringkat universiti, sekolah dan akar umbi.

YaHijau dengan kerjasama KeTTHA akan menganjurkan Karnival YaHijau Langkawi pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 14 & 15 Oktober 2016
Tempat: Pekan Rabu, Kuah, Langkawi, Kedah

Karnival YaHijau Langkawi ini bertujuan untuk menyebar luas dan memupuk kesedarn mengenai kepentingan amalan dan aplikasi teknologi hijau dalam kehidupan seharian.

Pihak YaHijau mensasarkan anggaran penyertaan dalam Karnival YaHijau Langkawi seramai 5,000 orang yang terdiri daripada kalangan belia, pelajar daripada institusi pendidikan, komuniti setempat, jabatan / agensi Kerajaan, penggiat industri dan juga pelancong-pelancong.

Untuk maklumat lanjut sila layari web YaHijau

Kemaskini Terakhir: Ahad, 26 March 2017 - 11:13am