21 Januari 24 – Program Gotong-Royong di Tapak Penjaja Barokah, Taman Mahsuri, Padang Serai anjuran Jabatan Kesihatan Persekitaran MPKK dengan kehadiran Ahli Majlis, SWCorp, E-Idaman Sdn Bhd dan penduduk setempat.

MyKiosk merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan untuk kembali berdaya saing dan meningkatkan keupayaan perniagaan.

Bertujuan meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk setempat dengan memberi manfaat kepada para peniaga melalui pemberian kadar sewaan kiosk yang rendah. Ia turut menyediakan ruang niaga yang seragam, selamat dan selesa kepada peniaga.

MyKiosk @ Tapak Penjaja Barokah yang juga menerima suntikan peruntukan daripada Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman ini dijangka mula beroperasi dalam waktu terdekat. Semoga inisiatif ini dapat menjana kitaran ekonomi dan mendapat sokongan penduduk setempat.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content