MENU

Program Tabung Bantuan Prihatin MPLBP telah berlangsung pada 3 September 2020 yang lalu bagi menyantuni komuniti di Pulau Tuba dan Selat Bagan Nyior dimana MPLBP bekerjasam dengan Kelab Rekreasi MPLBP. Dalam program yang berlansung di Dewan KEDA tersebut, tuan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan kerusi roda dan stretcher kepada wakil komuniti Pulau Tuba iaitu En. Mohd Fadzlan Nor, Pengerusi Koperasi Komuniti Pulau Tuba dan Sealat Berhad (BESTUBA). Selain itu, terdapat juga penyerahan 'Food Basket' kepada penerima yang terpilih. Penduduk juga berpeluang mendapatkan pakaian melalui Program Free Market anjuran SW Corp Langkawi. Dalam program tersebut hadir bersama Tuan Muhamad Arof Darus, Pegawai Daerah Langkawi dan Ahli Majlis MPLBP bagi menjayakan program ini. Semoga program ini akan berterusan di tempat-tempat lain sekitar Pulau Langkawi bagi mengurangkan sedikit beban kepada penduduk serta mengeratkan hubungan PBT dan masyarakat.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 30 September 2020 - 3:04pm