MENU

Bernama

24 September 2018

Oleh Hamdan Ismail

 

LANGKAWI, 24 Sept (Bernama) -- Sektor pelancongan Langkawi akan berada di ‘puncak tertinggi’ jika minat sebuah syarikat dari Korea Selatan untuk melabur dalam produk pelancongan terbaharu di pulau peranginan itu menjadi kenyataan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata syarikat berpusat di Pulau Nami itu membayangkan minat mereka untuk melabur kira-kira RM30 juta untuk memulakan pengembaraan ‘zipline’ dari paras ketinggian 700 meter, yang akan menjadikannya antara zipline paling mendebarkan di dunia.

“Di Pulau Nami, titik struktur tertinggi adalah kira-kira 20 meter tetapi di sini lebih 708 meter (di kemuncak Gunung Machinchang), dengan mudahnya ia boleh menjadi yang tertinggi di Malaysia… kalau pun bukan di dunia,” katanya kepada Bernama ketika melakukan lawatan ke sini.

Beliau berkata syarikat berkenaan, yang memegang francais bagi teknologi zipline Amerika Syarikat, hanya menerapkan kepakaran mereka di Pulau Nami yang telah pun menarik kunjungan ramai pengunjung yang menggemari aktiviti mendebarkan itu dari seluruh dunia.

“Jika cadangan itu menjadi kenyataan, Langkawi akan berada di puncak peta dunia terutamanya dalam kalangan pengunjung yang meminati aktiviti mendebarkan,” katanya,

Muhammad Bakhtiar berkata peranan beliau seorang sahaja selaku timbalan menteri tidak cukup untuk membolehkan cadangan itu menjadi kenyataan oleh sebab ia perlu mendapat kelulusan yang sewajarnya

Kemaskini Terakhir: Rabu, 12 Disember 2018 - 11:06am