MENU

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) dengan kerjasama Deutsche Gessellscahft fur Internationale Zusammenarbeit (GIZ) sedang melaksanakan projek MyRelamp.

Projek MyRelamp ini merupakan projek rintis bagi pelaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan (GGP) di peringkat PBT melalui aktiviti penukaran lampu biasa kepada lampu cekap tenaga dalam usaha menyokong inisiatif bandar rendah karbon.

Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGCC) adalah agensi pelaksana bagi projek ini dan Jawatankuasa Pemandu Projek MyRelamp yang bersidang pada 5 Februari 2020 telah memutuskan bahawa MPLBP adalah PBT yang terpilih untuk menyertai projek ini.

Majlis pertukaran memorandum persefahaman (Projek MyRelamp) diadakan di antara MGCC dan MPLBP menyaksikan penyerahan bunting dan plak label Building Energy Intensity oleh Suruhanjaya Tenaga kepada MPLBP.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 8 Julai 2020 - 12:28pm