MENU

Telah berlangsung Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kelab Rekreasi MPLBP Kali Ke-5 pada 20 Jun 2019 yang bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Langkawi. Mesyuarat bermula dengan ucapan perasmian oleh Penasihat Kelab Rekreasi MPLBP iaitu Puan Noorul Azyyati Binti Ahamad Salmi, BCK, Tuan Setiausaha MPLBP. Kemudian majlis diteruskan dengan membubar Ahli Jawatankuasa Sesi 2016/2018 dan melantik Ahli Jawatankuasa Sesi 2019/2021 melalui undian daripada ahli-ahli kelab. Tahniah diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Kelab Rekreasi MPLBP Sesi 2019/2021, diharapkan kepimpinan ini dapat menaikkan lagi Kelab Rekreasi MPLBP ke arah kecemerlangan. Juga setinggi-tinggi penghargaan terima kasih untuk Ahli Jawatankuasa Sesi 2016/2018 diatas sumbangan jasa dan tenaga membangunkan kelab ini.

Kemaskini Terakhir: Ahad, 8 September 2019 - 11:25am