MENU

Pada 26 November 2018 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Dataran Chenang kepada Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, yang diwakili oleh Tuan Yang Dipertua MPLBP. Majlis ini telah disaksikan oleh YB Dato' Paduka Haji Abu Bakar Bin Din, Setiausaha Kerajaan Negeri dan YB Mohd Firdaus Ahmad selaku ADUN Kuah. Diharapkan pihak MPLBP selaku pentadbir dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat setempat dan menjadikan kawasan tersebut sebagai salah satu tarikan utama di Langkawi.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 12 Disember 2018 - 11:06am