MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS SESI 2022-2023

Sekitar Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Sesi 2022-2023 pada 19 Januari 2022 (Rabu) pada jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Gerakan, MPSPK. Majlis mengangkat sumpah telah diadakan di hadapan Tuan Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, SDK., AMK., BCK., ASK, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Puan Sunita binti Abdul Aziz, AMK., BCK, Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Turut hadir, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Ketua-Ketua Bahagian MPSPK. Majlis Perbandaran Sungai Petani mengucapkan tahniah dan selamat berkhidmat kepada semua Ahli Majlis dan Ex-Officio yang mengangkat sumpah pada hari ini.

Skip to content