LAWATAN MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU KE MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

27 Februari 2024, Isnin – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menerima kunjungan mesra dari Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan MBJB, Dr. Muhammad Khairi bin Sulaiman sebentar tadi. Lawatan kerja seramai 40 orang kakitangan MBJB disambut mesra oleh Pengarah Jabatan Korporat Dan Strategik MBAS, En. Bohari bin Md. Yusof; Pengarah Jabatan Kesihatan Dan Persekitaran MBAS, Encik Mohd Khairuddin Bin Idris serta kakitangan yang bertempat di Dewan Al-Wafa, Tingkat 8, Menara MBAS.
 
Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan idea mengenai pelaksanaan prosedur-prosedur kerja berkaitan kawalan penyakit berjangkit di bawah pentadbiran MBAS. Sesi taklimat dari pihak MBAS telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Kawalan Penyakit Dan Promosi Kesihatan, Puan Nor Shakila bt Che Ali.
 
Majlis Bandaraya Alor Setar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru diatas kunjungan mesra ini dan diharap akan berjumpa lagi di masa yang akan datang.
 
Skip to content