MENU

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) telah menerima kunjungan mesra Y.Bhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam(BPA) pada 25 November 2018. Lawatan kerja ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara BPA dan MPLBP khususnya perkara yang berkaitan dengan Pengurusan Awam di MPLBP. Selain itu, BPA juga telah menyampaikan taklimat berkenaan penggunaan sistem aduan SISPA yang dibangunkan bagi kegunaan jabatan kerajaan menjelang tahun 2020. Diharapkan melalui sesi lawatan ini kedua-dua pihak dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam pengurusan maklum balas awam supaya dapat menangani aduan awam ini dengan berkesan.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 12 Disember 2018 - 11:06am