MENU

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) telah menerima kunjungan dari Majlis Daerah Tapah (MDT) pada 3 Mac 2019, dimana delegasi tersebut diketuai sendiri oleh Yang Dipertua MDT iaitu Tuan Mohammad Yusoff bin Abustan dan setiausaha MDT, Tuan Haji Muhamad Sahlan bin Husnin. Selain itu, seramai 15 peserta lawatan terdiri daripada Ahli Majlis dan 15 peserta lain wakil dari pegawai dan kakitangan MDT. Tujuan lawatan ini untuk saling berkongsi cara kerja, pengurusan dan perkhidmatan diantara kedua-dua PBT ini. Diharapkan perkongsian antara PBT ini dapat memberi impak yang besar untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan menjadi lebih baik.

Kemaskini Terakhir: Ahad, 23 Jun 2019 - 4:29pm