MENU

29 Jun hingga 1 Julai 2018 telah berlangsungnya Larian Obor APMG Penang 2018, dimana Pulau Langkawi telah menjadi salah satu tempat bersejarah menerima Obor APMG tersebut. Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) telah dilantik untuk mengelola program tersebut.

Pada 29 Jun 2018, majlis perasmian penerimaa Obor APMG 2018 telah berlangsung, dimana Yang Berbahagia Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara menyerahan obor kejohanan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi dan disaksikan oleh Y.A.M Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar, Yang Berhormat Puan Chong Eng, dan Yang Berbahagia Ar. Yew Tung Seang. Seterusnya Obor APMG telah bertukar tangan kepada Ketua Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Langkawi untuk dibawa mengelilingi sekitar Langkawi keesokkan harinya.

Pada 30 Jun 2018, Larian Obor bermula di Perkarangan MPLBP dengan diiringi Konvoi Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi ke Langkawi Cable Car. Kemudiannya, Obor dibawa naik ke puncak tertinggi Gunung Mat Chinchang menaiki gondola kereta kabel dengan bantuan kakitangan Panorama Langkawi. Seterusnya, dari Langkawi Cable Car Obor dibawa menaiki kuda ke Telaga Harbour Marina dengan bantuan dari Perdana Stable Island Horses. 

Dari Telaga Harbor Marina, Obor dibawa merentasi lautan menaiki "Jet Ski" dan "Speed Boat" daripada NAAM dan MPLBP dengan kawalan keselamatan daripada APMM ke Meritus Pelangi Beach & Spa di Pantai Chenang. Disana Obor dibawa berlari dipesisiran Pantai Chenang oleh kakitangan MPLBP terus ke Underwater World Langkawi. Kemudian, Obor diterima oleh Pengurus Besar Underwater World dan diserahkan kembali kepada MPLBP untuk dibawa ke Taman Lagenda Langkawi dengan diiringi konvoi menggunakan kenderaan-kenderaan milik MPLBP. Laluan terakhir Obor APMG Penang 2018 ialah ke Dataran Lang melalui Taman Lagenda dengan diiringi larian daripada penduduk Langkawi.

Pada 1 Julai 2018, seawal 7.30 pagi Obor dibawa keluar dari Pulau Langkawi oleh Tuan Yang Dipertua, Setiausaha dan beberapa pegawai serta kakitangan MPLBP menaiki feri ke Kuala Perlis untuk diserahkan kepada Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

MPLBP mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada setiap agensi yang memberi sumbangan dan sokongan untuk turut terlibat dalam Larian Obor APMG Penang 2018 di Langkawi kali ini serta kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 13 Julai 2018 - 12:02am