MENU

Alor Setar-Kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan kepada usaha menaik taraf fasiliti komunikasi dan jalur lear di Langkawi bagi memperkasa hasrat menjadikan destinasi pelancongan itu sebuah pulau digital.

Pengurusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia Kedah, Datuk Nursabrina Mohd Noor, berkata usaha itu meliputi penyediaan infrastruktur menyuluruh untuk menyokong keupayaan kapasiti trafik di Langkawi.

Menjawab soalan lisan Nor Saidi Nanyan(BN-Kuah), beliau berkata, sejak komitmen Projek Digital Langkawi digerakkan pada 2013, pelbagai fasiliti disediakan, termasuk penyediaan 10 menara telekomunikasi baharu di Langkawi.

"Sebanyak RM124 juta diperuntukkan bagi tujuan itu antaranya penyediaan kabel dasr laut berkelajuan tinggi yang dinaik taraf daripada 40 gigabit sesaat (Gbps) kepada 90 Gbps serta pemasangan 152 kilometer (km) kabel gentian oleh penyedia pekhidmatan, Celcom untuk meningkatkan kelajuan dan liputan

Sedia infrastruktur

" Berikutan usaha ini, kapasiti trafik internet di pulau pelancongan itu kini mampu mencaoai 2.1 terabit," katanya pada Mensyuarat Kedua Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-13, di sini, semalam.

Menjawab soalan tambahan Nor Saidi berhubung realiti Projek Digital Langkawi,  Norsabrina berkata, kelebihan penyediaan infrastruktur terbabit dizahirkan berdasarkan peningkatan ekonomi penduduk Langkawi melalui pemerkasaan e-keusahawanan dan e-rezeki.

" Data ini cukup penting dan ia turut disokong pertambahan langganan kepada pakej internet kompetiif daripada pihak telco kepada penduduk Langkawi.

"Berdasarkan kajian, penggunaan internet di Langkawi paling tinggi direkodkan di Kuah yang mana kami percaya ia ada kaitan dengan demografi pekerjaan di kawasan itu  yang dipenuhi sektor swasta dan usahawan, manakala paling rendah di Ayer Hangat," katanya.

Mengenai status Langkawi sebagai pulau bebas karbon pula, Norsabrina berkata, pihaknya bersam Kementerian Tenaga, Teknologo Hijau dan Air (KeTTHA) sedang menjalankan satu kajian dengan menjadikan Pulau Jeju di Korea Selatan sebagai tanda aras perbandingan.

"KeTTHA juga sudah adakan bengkel khusus untuk tujuan itu dengan pembabitan semua pemegang taruh yang meliputi pelbagai agensi kerajaan negeri untuk memastikan hasrat itu tercapai," katanya.

Laporan Adha Ghazali

Sumber Berita Harian 15 November 2016

Kemaskini Terakhir: Khamis, 27 Julai 2017 - 3:04pm