MENU

BERITA HARIAN

Oleh Hamzah Osman

cnews@nstp.com.my

 

LANGKAWI: Hospital Langkawi yang sudah berusia 103 tahun dan terletak di Bukit Tekoh di sini, dinamakan semula kepada Hospital Sultanah Maliha (HSM), mulai hari ini.

Pertukaran nama itu dibuat sempena pertabalan Sultan Kedah Ke-29, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, pada 22 Oktober lalu.

Pegawai Daerah Langkawi, Muhamad Arof Darus, berkata kerajaan negeri sudah mewartakan pertukaran nama itu dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, baru-baru ini.

“Bagi melaksanakan pertukaran nama ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM20,000 bagi membantu pihak pengurusan hospital menukar papan tanda lama kepada nama baharu.

“Kita berharap Sultan Sallehuddin dan Sultanah Maliha dapat melihat sendiri pertukaran nama ini ketika baginda berangkat ke Langkawi tidak lama lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-103 HSM di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah HSM, Dr Mansor Ismail.

Muhamad Arof berkata, kerajaan negeri juga bercadang menjenamakan semula Jeti Kuah dan pengumuman lanjut mengenainya akan dibuat tidak lama lagi.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 12 Disember 2018 - 11:06am