MENU

LANGKAWI: Aksi seekor memerang jantan berusia lima tahun dikenali sebagai 'Jazz' menaikkan bendera yang bertulis 'Happy Diwali' memeriahkan Sambutan Deepavali di Taman Hidupan Liar Langkawi (THLL) di sini, hari ini.

Acara unik yang diselia jurulatih haiwan taman itu, Jasni Hussin berjaya menarik perhatian kira-kira 100 pengunjung terdiri daripada pelancong tempatan dan asing.

Tinjauan mendapati pengunjung yang berada dalam taman itu secara spontan memberi tepukan gemuruh selepas teruja menyaksikan gelagat haiwan itu menarik tali bagi menaikkan bendera bersaiz 0.49 meter panjang dan 0.37 meter lebar pada tiang setinggi dua meter.

Pengurus Taman dan Perhubungan Awam THLL Nur Hamzani Hamzah, berkata sekumpulan pelajar yang menjalani latihan praktikal mencetuskan idea itu bagi memeriahkan suasana.

Katanya, hingga kini pihaknya memiliki lapan ekor memerang iaitu lima induk dan tiga anak.

"Bagaimanapun, hanya seekor sahaja berjaya dilatih untuk menaikkan bendera dan boleh memahami beberapa arahan mudah jurulatih, manakala selebihnya belum dapat melakukannya.

LANGKAWI: Aksi seekor memerang jantan berusia lima tahun dikenali sebagai 'Jazz' menaikkan bendera yang bertulis 'Happy Diwali' memeriahkan Sambutan Deepavali di Taman Hidupan Liar Langkawi (THLL) di sini, hari ini. Acara unik yang diselia jurulatih haiwan taman itu, Jasni Hussin berjaya menarik perhatian kira-kira 100 pengunjung terdiri daripada pelancong tempatan dan asing. Tinjauan mendapati pengunjung yang berada dalam taman itu secara spontan memberi tepukan gemuruh selepas teruja menyaksikan gelagat haiwan itu menarik tali bagi menaikkan bendera bersaiz 0.49 meter panjang dan 0.37 meter lebar pada tiang setinggi dua meter. Pengurus Taman dan Perhubungan Awam THLL Nur Hamzani Hamzah, berkata sekumpulan pelajar yang menjalani latihan praktikal mencetuskan idea itu bagi memeriahkan suasana. Katanya, hingga kini pihaknya memiliki lapan ekor memerang iaitu lima induk dan tiga anak. "Bagaimanapun, hanya seekor sahaja berjaya dilatih untuk menaikkan bendera dan boleh memahami beberapa arahan mudah jurulatih, manakala selebihnya belum dapat melakukannya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/207293

Oleh : Hamzah Osman

Sumber: Berita Harian

Kemaskini Terakhir: Rabu, 24 Mei 2017 - 10:44am