MENU

LANGKAWI 9 OKTOBER: Seramai 116 peserta mewakili 29 pasukan daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh negara memulakan cabaran sukan lasak Langkawi Extreme Challenge (LEC) 2016 di sini, hari ini.

Acara yang memasuki edisi kelapan anjuran Akademi Pelancongan Langkawi (APL) itu bakal menguji kudrat peserta apabila mereka perlu menamatkan tiga disiplin acara iaitu pendakian, berlari dan berkayak.

Pengarah APL Zainab Othman, berkata cabaran paling besar kepada peserta membabitkan pendakian 4,287 anak tangga sebelum tiba di puncak Gunung Raya setinggi 781 meter dari aras laut di sini.

"Setiap pasukan yang diwakili empat peserta juga perlu menamatkan larian Gunung Raya-Pantai Tanjung Rhu sejauh 20.1 kilometer dan berkayak dari Tanjung Rhu-Pulau Pasir sejauh tiga kilometer.

"Semua peserta juga perlu membuat dan menggunakan lastik tradisional, selain menyediakan kerabu bronok sejenis makanan tradisi penduduk tempatan ketika melalui tiga stesen yang ditetapkan," katanya ketika ditemui selepas melepaskan peserta terbabit di sini, pagi ini. 

Oleh : Hamzah osman
Sumber : Berita Harian

 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 24 Mei 2017 - 10:44am