Aktiviti Gotong-Royong Pembersihan Medan Selera Taman Mahsuri Sempena Kempen “Premis Makanan Bersih Dan Selamat”

27 Februari 2024 (Selasa) – Majlis Perbandaran Kubang Pasu dengan kerjasama SWCorp Malaysia, Environment Idaman, sukarelawan Kampung Tanah merah (KTM) dan peniaga-peniaga Medan Selera Taman Mahsuri telah mengadakan gotong-royong pembersihan bagi melaksanakan kempen “Premis Makanan Bersih Dan Selamat”.

Program yang telah berlangsung seawal jam 9 pagi menyaksikan penyertaan daripada ahli-ahli majlis Majlis Perbandaran Kubang Pasu yang sama turun padang membantu melancarkan aktiviti gotong-royong. Turut sama hadir Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Badrulhisham Bin Haji Sulaiman bagi memantau kelancaran aktiviti dan mendengar permasalahan peniaga Medan Selera Taman Mahsuri.

Aktiviti dimulakan dengan pembahagian kumpulan yang dipecahkan kepada 4 kumpulan. Bertujuan untuk memastikan kelancaran pembersihan medan selera. Cabutan bertuah juga turut diadakan bagi memeriahkan suasana. Sesi bergambar tanda kenang-kenangan diakhir aktiviti bersama semua yang terlibat.

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

Skip to content