Fungsi Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan
Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan melaksanakan fungsi-fungsinya menggunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan melaluinya MPLBP boleh melaksanakan aktiviti dan menguatkuasakan dasar serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan hal ehwal Pihak Berkuasa Tempatan. Antara fungsi MPLBP ialah :-
-
Merancang dan mengawal pembangunan berdasarkan Rancangan Tempatan Daerah Langkawi.
-
Melesen dan mengawal perniagaan, iklan dan penjaja.
-
Menyelaras dan membantu pembangunan di Langkawi.
-
Mengawal bangunan, pengiklanan dan papan tanda.
-
Menyelia dan menyelenggara pengindahan bandar dan landskap dalam keadaan indah dan menarik.
-
Menyelia dan menyelenggara kemudahan awam seperti pasar, gerai, tandas awam, taman permainan kanak-kanak, pondok bas dan kemudahan rekreasi.
-
Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan atau kawalan penyakit berjangkit.
-
Mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas, menaiktaraf kampung dan menggalakkan kegiatan ekonomi yang berdaya maju.
-
Meningkatkan kutipan cukai taksiran.
-
Memantau pelupusan sisa pepejal dan pembersihan bandar