MENU
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada pelawat-pelawat portal Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan. Kecanggihan teknologi masakini membolehkan maklumat disampaikan dengan lebih cepat dan mudah. Dengan ini Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan akan dapat berhubung dengan para pelanggannya yang terdiri daripada warga Langkawi terutamanya pembayar cukai dan juga para pelancong yang datang di Langkawi dari serata pelusuk dunia.

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan sentiasa meneroka kaedah-kaedah baru untuk menyampaikan perkhidmatan yang baik dan berkualiti kepada penduduk Langkawi dan juga pelancong-pelancong yang telah memilih Langkawi sebagai destinasi percutian mereka.

Melalui portal ini warga Langkawi dan para pelancong boleh mendapat perkhidmatan dan maklumat tertentu terus di komputer masing-masing. Semoga dengan adanya portal ini akan dapat memberi maklumat kepada semua pihak dan dapat membudayakan masyarakat berilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang ICT.

(Tuan Abdul Bari Bin Abdullah, AMK.,BCK.)
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman

Kemaskini Terakhir: Rabu, 24 Mei 2017 - 10:44am