19 FEBRUARI 2023 (AHAD)

Forum Perdana Isra’ Mi’raj 1444H / 2023M anjuran Pejabat KEDA Zon 7 (Daerah Kuala Muda / Yan) ini telah diadakan selepas Solat Maghrib bertempat di perkarangan Masjid Nurul Iman, Desa KEDA Sungai Udang, Mukim Yan, Daerah Yan, Kedah.

Ia dikendalikan oleh moderator iaitu Ustaz Ramzi bin Othman, Imam Masjid Nurul Iman bersama dua orang ahli panel iaitu YBhg. Dato Syeikh Ahmad Bin Soleh, pendakwah bebas dan YBrs. Tuan Syeikh Alwi Bin Othman, Pegawai Agama Daerah Yan.Forum Perdana ini berlangsung hampir dua jam dan dihadiri oleh hampir lebih 200 orang tetamu jemputan termasuk para wakil dari pelbagai jabatan / agensi Daerah Yan serta komuniti setempat.

Turut hadir dalam program Forum Perdana ini ialah Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. Pegawai Daerah Yan / YDP Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) PDTY / Setiausaha Majlis Daerah Yan, Pegawai KEDA Zon 7 (Daerah Kuala Muda / Yan), para Penghulu Mukim (Yan, Dulang Dan Singkir) dan Penolong Pegawai Tadbir Majlis Daerah Yan.Turut tidak ketinggalan untuk hadir menyertai dan memeriahkan majlis ilmu yang sangat bermanfaat sempena Sambutan Memperingati Peristiwa Agung Isra’ Mi’ raj 1444H / 2023M ini ialah para Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan iaitu Puan Amila Binti Ahmad (Pengerusi), Puan Nurliza Binti Zakaria (Bendahari), Puan Hasmiza Binti Aziz ( Penolong Bendahari) dan Puan Nur Izzati Binti Mohd Sabri (Setiausaha Biro ICT) .

Sekalung tahniah dan setinggi – tinggi ucapan terima kasih dirakamkan kepada Pejabat KEDA Zon 7 (Daerah Kuala Muda / Yan), Ahli – ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Nurul Iman dan seluruh warga Desa KEDA Sungai Udang, Mukim Yan atas kelancaran dan kejayaan penganjuran Forum Perdana Isra’ Mi’ raj 1444H / 2023 yang sangat bermakna ini.

Skip to content