MENU

Majlis Pelancaran Kempen Hari Tanpa Beg  Plastik dan 'Recycle For Life' Peringkat Daerah Langkawi telah berlangsung pada 02 April 2018 yang dirasmikan oleh YB Dato' Haji Badrol Hisham bin Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Negeri Kedah. Kempen tersebut dilaksanakan bertujuan untuk pemuliharaan alam sekitar sekaligus untuk mengurangkan penggunaan beg plastik. Justeru itu, itu pihak MPLBP dengan kerjasama SWCorp serta pemilik premis perniagaan yang terpilih bersetuju untuk tidak memberi perkhidmatan beg plastik setiap hari Isnin dan Selasa dan caj RM0.20 akan dikenakan untuk setiap beg plastik yang diminta. Sebagai alternatif pelanggan yang berkunjung ke premis perniagaan tersebut digalakkan membawa beg kitar semula untuk mengisi barangan yang dibeli. Harapan MPLBP supaya penduduk Langkawi dapat menyokong kempen ini bagi menjaga alam sekitar kita dari kerakusan manusia serta menjadi perintis untuk daerah-daerah lain sekitar Negeri Kedah.

Last Updated: Sunday, 23 September 2018 - 10:09am