MENU

Telah berlangsungnya satu program anjuran MPLBP pada 17 & 18 April 2019 lalu yang disambut secara gilang gemilangnya oleh penduduk di sekitar Langkawi dan pelancong dari luar dan dalam Langkawi. Program ini diadakan di Dataran Chenang Langkawi dan dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YB ADUN Ayer Hangat, Hj Johari bin Bulat.

Program ini juga mendapat sambutan dari pelbagai agensi, antaranya ialah penyertaan dari Pejabat Kesihatan, TNB, JPJ, Bank Rakyat, Pejabat Tanah Langkawi, Lada, Trash Hero, UMIKA Group, MARDI, Kompleks Kraftangan Langkawi, Underwater World Langkawi, Pejabat Tenaga Kerja, E-Idaman, AADK Langkawi serta MPLBP. Program Rapat Rakyat ini juga menerima kunjungan daripada YB Exco Kerajaan Tempatan Negeri Kedah, En Tan Kok Yew yang berbesar hati meluangkan masa untuk melawat ke booth pameran yang disediakan.

Selain itu, pelbagai aktiviti disediakan untuk pengunjung yang menghadiri program tersebut antaranya pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, pertandingan gubahan tuala dan ukiran buah, sepak raga tuju, kerusi muzik, penalti pantai, bowling pantai dan pertandingan foto selfie. Pada sebelah malamnya diadakan Forum Perdana yang bertajuk PERSEKITARAN LESTARI MASYARAKAT HARMONI dan disampaikan oleh PU Zul & Ust. Hafiz Mustaffa Lubis serta moderator oleh  Ustaz Yusuf Ahmad.

Ceramah

Pada 18 April 2019, diadakan satu Sesi Town Hall dimana ia merupakan dialog dua hala antara pembuat dasar MPLBP dan orang awam. Disini segala penjelasan diatas kerumitan dibentangkan untuk memastikan segala yang dibuat oleh MPLBP dapat dijelaskan. Selain itu, MPLBP telah memberi sedikit sumbangan kepada peserta E-Kasih yang disampaikan oleh Yang Berhormat Isahak Murat, Pegawai Kewangan Negeri. Program Rapat Rakyat ini diakhiri dengan cabutan bertuah kepada pengunjung-pengunjung yang menghadiri program tersebut. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua agensi yang terlibat bagi menjayakan Program Rapat Rakyat 2019 ini serta pengunjung yang sudi mengikuti program dua hari ini dan TAHNIAH MPLBP atas penganjuran tersebut.

 

 

Last Updated: Monday, 19 August 2019 - 1:50pm