MENU
  1. Bagaimana cara untuk membuat Aduan?

    1. Melalui borang yang disediakan di Peti Cadangan / datang terus ke Majlis Perbandaran Langkawi,Bandaraya Pelancongan.

    2. Melalui surat yang diposkan kepada :-

      Majlis Perbandaran Langkawi
      Bandaraya Pelancongan
      Kedah Darul Aman

    3. Menghubungi Majlis Perbandaran Langkawi di talian 04-9666560/ 04-9671524 / 9668109 / 9666185.

    4. Melalui fax di no.04-9671773

    5. Email terus kepada ydp@mplbp.gov.my

  2. Jangkamasa atau tempoh sesuatu aduan diambil tindakan?

    Setiap aduan infrastruktur dan kemudahan awam disiasat dan disediakan laporan dalam tempoh 14 hari untuk tindakan susulan.

  3. Siapakah pegawai yang patut dihubungi?

    EN MOHD ZAKI BIN MURAD
    Penolong Pegawai Tadbir
    Majlis Perbandaran Langkawi

    Faezah binti Abdullah
    Pembantu Tadbir
    Majlis Perbandaran Langkawi

BAHAGIAN TENDER / SEBUTHARGA

  1. Bagaimanakah cara kontraktor/pemborong membuat pendaftaran Dengan Pihak Majlis?

    a) Menghantar surat permohonan kepada :

    Yang Dipertua
    Majlis Perbandaran langkawi
    Bandaraya Pelancongan ,07000 Langkawi
    Kedah Darul Aman

    b) Pertanyaan melalui telefon di talian 04-9666560/ 04-9671524 / 9668109 / 9666185

  2. Apakah Dokumen yang Diperlukan?

    a) Lesen Pusat Khidmat Kontraktor (P.K.K )

    b) Lesen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia(LPIPM ) / Contrunction Industrial Development Board Malaysia ( CIDB )

    c) Lesen Kementerian Kewangan Malaysia ( bekalan )

    d) Taraf Bumiputera

    e) Profil syarikat

  3. Siapakah yang patut dihubungi?

    Amir Amiruddin Bin Ismail
    Urusetia Sebutharga / Tender
    Majlis Perbandaran Langkawi
    Bandaraya Pelancongan
    Kedah Darul Aman

  4. Bagaimanakah cara kontraktor / pemborong ingin memasuki pelawaan tender / sebutharga?

    a) Rujuk surat khabar ( Berita Harian ) untuk keterangan tender

    b)Datang ke Majlis Perbandaran Langkawi dengan merujuk iklan di Papan Kenyataan Majlis.

    c) Pertanyaan melalui telefon di talian 04-9666560/ 04-9671524 / 9668109 / 9666185

  5. Apakah dokumen yang diperlukan semasa menghadiri pelawaan sebutharga/Tender?

    a) Membawa lesen asal dan satu salinan (fotostat ) untuk Majlis iaitu :

    1. Lesen Pusat Khidmat Kontraktor (P.K.K )
    2. Lesen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia / Contruction Industrial Development Board Malaysia ( CIDB )
    3. Perakuan Taraf Bumiputera
    4. Lesen Kementerian Kewangan ( Bekalan )

    b) Wajib menghadiri sesi taklimat projek .

    c) Wajib menghadiri lawatan tapak projek .

  6. Siapakah yang patut dihubungi?

    Urusetia Sebutharga / Tender
    Majlis Perbandaran Langkawi
    Bandaraya Pelancongan
    Kedah Darul Aman

PERMOHONAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN

  1. Bagaimanakah cara permohonan lesen premis perniagaan dibuat dengan pihak Majlis?

    a) Setiap pemohon perlu mengisi borang permohonan lesen perniagaan komposit yang boleh didapati daripada :

    1. Jabatan Kesihatan Persekitaran
      Majlis Perbandaran Langkawi
      Bandaraya Pelancongan
      Kedah Darul Aman

    2. Laman web Majlis - www.mplbp.gov.my

    ** Nota - setiap borang dikenakan bayaran RM 2.00

  2. Apakah dokumen yang diperlukan?

    • Memorandum (Memorandum and Article of Association) mengikut Akta Pendaftaran Syarikat 1995.

      ATAU

      Borang A (Pendaftaran Perniagaan) atau Borang B (Pendaftaran Perubahan dalam Perniagaan) mengikut Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956.

    • Pelan lokasi premis yang terlibat
    • Pelan lantai bangunan premis berkenaan
    • Surat perjanjian atau kebenaran tuan bangunan (jika bukan bangunan sendiri)
    • Salinan sijil layak memduduki / permit bangunan sementara
    • Salinan surat kelulusan bangunan (jika bangunan baru dibina)
    • Salinan surat hak milik tanah
    • Gambar pemohon 6 keping
    • Gambar hadapan premis perniagaan 6 keping
    • Surat sokongan daripada Jabatan Bomba & Penyelamat (tuan/puan dikehendaki menghubungi Jabatan Bomba & Penyelamat)
  3. Apakah jenis lesen - lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Majlis?

    • Lesen Perniagaan Tred
    • Lesen Establisymen Makanan
    • Lesen Rumah Tumpangan
    • Permit Mengendal Skijet / Skuter Air
    • Lesen Kedai Gunting Rambut
    • Lesen Tempat Letak Kereta Persendirian
    • Lesen Rumah Urut
  4. Dimanakah borang permohonan yang lengkap diisi hendak dihantar?

    Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dengan dokumen - dokumen tambahan hendaklah dihantar ke :-

    Jabatan Kesihatan Persekitaran
    Majlis Perbandaran Langkawi
    Bandaraya Pelancongan
    Kedah Darul Aman

    ATAU

    Dialamatkan kepada :

    Yang DiPertua
    Majlis Perbandaran Langkawi
    Bandaraya Pelancongan
    Kedah Darul Aman

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

    En. Azli bin Abdul Rani
    Pegawai Kesihatan Persekitaran
    Jabatan Kesihatan Dan Perlesenan
    Majlis Perbandaran Langkawi
    Bandaraya Pelancongan
    Kedah Darul Aman
    Talian : 04-9671524 / 1824  Sambungan : 102
    Faks : 04 - 9671773 / 04 - 9666158

Last Updated: Thursday, 27 July 2017 - 3:04pm